Laman

Maaf Blog ini telah berpindah domain ke sini

maaf atas ketidaknyamanan ini saya harapkan pengertian dari para pembaca.

Terima Kasih Telah Membaca Blog Saya

Kamis, 25 Juni 2009

Sayuran Segar dan Ikan Melalui Akuaponik

Anda dan keluarga sukakan sayuran segar sepanjang tahun serta suka memperolehi berkilokilo
ikan? Caranya mudah saja iaitu melalui akuaponik. Anda cuma perlu peruntukkan masa
5 minit sehari untuk berladang cara akuaponik walaupun dengan pakaian yang anda pakai ke
pejabat. Tidak perlu mencangkul, merumput, menggembur dan membongkok atau duduk
lama yang menyiksa badan. Tidak ada racun rumpai dan racun serangga. Juga tidak perlu
bimbang untuk menyiram sayuran setiap hari. Anda hanya memberi makan kepada ikan lalu
menyebabkan anda mendapat sayuran dan ulam segar.
Akuaponik (aquaponic atau aquaponics) adalah gabungan berternak atau memelihara ikan
dan sekaligus menanam sayuran menggunakan air tanpa menggunakan tanah. Ikan air tawar
yang anda suka (contohnya ikan tilapia,ikan keli,ikan emas, ikan koi atau udang galah dll)
boleh di ternak atau di pelihara di dalam kolam atau tangki.
Kehadiran ikan dalam kolam@tangki ikan akan menyebabkan air menjadi beracun/toksik
kepada ikan. Dalam sistem akuaponik, air kumbahan dari kolam ikan akan di sedut sebagai
pupuk@baja menggunakan pam ke dalam ruang tanaman yang terdiri dari kerikil yang di
tanam dengan pelbagai jenis sayuran, herba atau pokok bunga hias.
Kehebatan Allah menjadikan bakteria nitrosomas and nitrobactor untuk menukarkan air
kumbahan menjadi baja kepada tanaman dan sekaligus membersihkan air yang kemudiannya
di alirkan ke kolam ikan menggunakan graviti (di sebut air terjun buatan) yang sekaligus
memperkayakan oksigen dalam air. Proses yang berlaku menyebabkan air menjadi bersih dan
di kitar untuk kegunaan ikan.
Bahan mudah untuk membina sebuah sistem akuaponik anda adalah:
1. Kolam di dalam tanah atau atas tanah menggunakan kok konkrit (precast concrete ring
dengan lantai), tangki PVC atau kaca gentian
2. Paip PVC dan bahan kerja paip yang bersangkutan
3. Bekas tanaman sebesar mungkin daripada plastik atau kaca gentian di atas pelantar yang
sesuai
4. Pam akuarium yang sesuai.
Lubang-lubang kecil perlu di tebuk pada paip PVC untuk membolehkan air daripada kolam
ikan keluar mengairi ruang tanaman yang di isi dengan kerikil.
Perhatian: Nisbah isipadu air tangki ikan : kerikil dalam bekas tanaman = kira-kira 1.3 : 1.
Akuaponik adalah sesuai untuk sebarang saiz samada di amalkan sebagai hobi untuk manfaat
sendiri dan keluarga, untuk pelajar tadika atau sekolah rendah/menengah memahami sains
mengenai ekosistem mini yang mengaitkan hubungan rapat diantara ikan, bakteria dan
sayuran; pertubuhan kebajikan contohnya rumah anak yatim, pusat serenti; dan untuk
kegunaan komersial.
Anda dan keluarga akan terpegun melihat kehebatan Allah menjadikan ekosistem ikan, air,
bakteria dan sayuran saling membantu untuk kesejahteraan manusia. Wajar benar kita
mentaati Allah dalam hidup yang sementara ini. Selamat memetik sayuran segar dan ikan.
Berkongsilah ilmu, sayuran dan ikan dengan jiran anda.


0 komentar:

Related Posts with Thumbnails